Jumaat, 11 November 2016

PENUTUP




Solat berjemaah ialah solat beramai-ramai sekurang-kurangnya 2 orang iaitu seorang menjadi imam dan seorang lagi menjadi makmum. Setiap muslim dituntut agar menunaikan solat lima waktu secara berjemaah memandangkan hukumnya adalah fardu kifayah. Solat berjemaah bukan diberikan ganjaran pahala, bahkan ia juga dapat melahirkan masyarakat yang murni dan bepekerti mulia serta membuang sikap pentingkan diri sendiri dan takabbur kerana semasa berjemaah semua manusia adalah sama di sisi Allah s.w.t. 

UJI MINDA

SOALAN 1
Berikan maksud solat berjemaah serta hukumnya.

SOALAN 2
Nyatakan syarat sah solat berjemaah

SOALAN 3
Jelaskan syarat-syarat menjadi imam dan makmum

SOALAN 4
Terangkan kedudukan imam dengan makmum ketika solat berjemaah


PENTAKSIRAN


PENGEMBANGAN

Syarat sah solat berjamaah

a) Syarat menjadi Imam
- Lelaki - Perempuan boleh menjadi imam kepada perempuan
- Baligh
- Betul dan baik bacaan
- Tidak menjadi makmum kepada imam yang lain

b) Syarat-syarat makmum
- Berniat mengikut imam
- Mengetahui perbuatan imam daripada satu rukun ke satu rukun yang lain
- Mengikuti semua perbuatan imam
- Kedudukan makmum hendaklah dibelakang imam
- Makmum lelaki mestilah berimam dengan imam lelaki
- Perbuatan solat makmum mestilah sama dengan perbuatan solat imam

c) Orang yang layak menjadi imam
- Paling baik bacaannya
- Lebih alim dalam hukum-hukum agama
- Baik akhlaknya dan budi pekerti
- Dihormati dan disegani oleh masyarakat
- Lebih tua dan berkebolehan

 Kedudukan Imam dan Makmum

RPH

TARIKH          : 12 November 2016
MASA             : 11.00 pagi -12.00 tengah hari
KELAS           : TINGKATAN 1 ALI
SUBJEK         : PENDIDIKAN ISLAM
TOPIK                        : SOLAT BERJEMAAH
NILAI              : KERJASAMA, ISTIQAMAH, BERADAB
HASIL PEMBELAJARAN : Pelajar sederhana (Pelajar boleh melakukan solat berjemaah dengan baik dan tertib)

LANGKAH
KANDUNGAN
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID
CATATAN
Set Induksi
(5 minit)
Solat berjemaah
-Guru memaparkan video sekumpulan semut sedang mengangkat sisa makanan ke dalam sarang.
-Guru bersoal jawab dengan pelajar:
1.Apakah aktiviti yang dilakukan oleh sekumpulan semut?
2.Mengapa mereka mengangkat makanan secara beramai-ramai?
3.Apakah yang akan berlaku apabila seekor semut sahaja yang mengangkat makanan tersebut?

-Guru mencatat jawapan murid
-Guru merumus dan mengaitkan tajuk hari ini

- Murid melihat dan berfikir
-Murid memberi pelbagai jawapan berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.

-LCD
- Video
- Gambar
- Pembesar suara
- Teknik: soal jawab
Pengenalan
(5 minit)

Erti Solat Berjemaah


- Guru menerangkan secara terperinci maksud solat berjemaah
-Guru meminta beberapa orang pelajar memberi maksud solat berjemaah dari segi bahasa dan istilah.

Pelajar sederhana
-Murid memberi pelbagai jawapan berdasarkan pengetahuan sedia ada
-Beberapa orang pelajar menyebut maksud solat berjemaah secara betul.

- Menggunakan gambar
- Teknik: soal jawab

Pengembangan
(15 minit)
-Syarat sah solat berjemaah
-Syarat menjadi imam dan makmum
-Orang yang layak menjadi imam
-Posisi solat secara berjemaah
-Jenis makmum


-Guru menerangkan kepada pelajar secara rawak tentang  syarat sah solat berjemaah, syarat menjadi imam dan makmum, orang yang layak menjadi imam, posisi solat secara berjemaah serta jenis makmum.
-Guru mengulas jawapan pelajar dan meminta pelajar membaca


-Pelajar mendengar pembelajaran yang diterangkan oleh guru



-Beberapa orang pelajar sahaja yang dapat menjawab pertanyaan guru dengan baik
-Pelajar mendengar ulasan daripada guru
-  Slide
-Meransang proses mengingat semula


Pengukuhan
(15 minit)
Amali solat secara berjemaah
-Guru menayangkan gambar kedudukan imam dan makmum
-Guru membimbing pelajar untuk menjadi model sebagai imam dan makmum
-Guru menggunakan model kartun untuk solat berjemaah
-Pelajar memerhati gambar, mematuhi arahan, melihat dan mendengar dengan teliti.
-Semua pelajar bergerak untuk melakonkan posisi solat berjemaah.

-Gambar
-Model kartun (video)
-Kaedah lakonan

Pentaksiran
(15 minit)
Ujian bacaan dalam solat berjemaah dan kedudukan dalam solat berjemaah
-Guru memberi pelajar kepada beberapa kumpulan serta memberi arahan agar pelajar berada dalam kumpulan masing-masing
- Guru mengedar kertas A4 kepada semua pelajar
-Guru memberi arahan pelajar melakarkan kedudukan imam dan makmum sebagai ujian bagi proses mengingati pemebelajaran yang diajar oleh guru.
- Guru memberi komen kepada pelajar
-Pelajar membentuk kumpulan
-Beberapa orang sahaja yang dapat melakarkan kedudukan imam dan makmum secara sempurna.

-Kertas A4
-Penilaian terhadap penguasaan pelajar

Penutup
(5 minit)
Rumusan isi pengajaran dan pembelajaran.


-Guru menerapkan nilai murni di akhir pembelajaran
-Guru memberi nasihat kepada pelajar agar ilmu yang dipelajari dijadikan contoh dan iktibar dalam amalan  seharian.
Tugasan individu sebagai pengukuhan
-Nasyid solat berjemaah
-Lembaran kerja

REFLEKSI : Guru mendapati penyampaian tidak jelas dan perlu mengulangi topik serta memberi aktiviti tambahan sebagai pengukuhan kepada pelajar.

Rujukan
Haji Md. Hashim Yahaya. 2011. Ensiklopedia Solat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn.Bhd.
Mohammad Nidzam Abdul Kadir. 2006. Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya. Kuala Lumpur: Telaga Biru
            Sdn. Bhd.
Sulaiman Endut. 2006. Asas-Asas Fardu Ain. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.
Buku Teks Tingkatan 1 PENDIDIKAN AGAMA ISLAM


PENGENALAN



Image result for gambar sholat berjamaah KARTUN

SOLAT BERJEMAAH

Pengertian jamaah dari segi bahasa : Dikumpulkan atau ramai

Pengertian solat berjamaah dari segi Istilah : Solat yang dilakukan secara berkumpulan atau beramai-ramai terdiri dari imam dan makmum. Solat berjemaah boleh dilakukan sekurang-kurangnya seorang imam dan seorang makmum.


Hukum : Fardhu Khifayah

Ganjaran pahala solat berjamaah

عن عبدالله بن عمررضى الله عنهما
ان رسول اللَّه صلى
صَلاَةُ الْجَمَاعَهِ أَفْضَـلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَـذِّ بِسَبْعِ وَعِشْرَيْنَ دَرَجَةً

Daripada 'Abdullah b. Umar r.a. Rasulullah bersabda:
Solat berjamaah lebih afdhal daripada solat bersaorangan dengan 27 darjat

SET INDUKSI