Jumaat, 11 November 2016

RPH

TARIKH          : 12 November 2016
MASA             : 11.00 pagi -12.00 tengah hari
KELAS           : TINGKATAN 1 ALI
SUBJEK         : PENDIDIKAN ISLAM
TOPIK                        : SOLAT BERJEMAAH
NILAI              : KERJASAMA, ISTIQAMAH, BERADAB
HASIL PEMBELAJARAN : Pelajar sederhana (Pelajar boleh melakukan solat berjemaah dengan baik dan tertib)

LANGKAH
KANDUNGAN
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID
CATATAN
Set Induksi
(5 minit)
Solat berjemaah
-Guru memaparkan video sekumpulan semut sedang mengangkat sisa makanan ke dalam sarang.
-Guru bersoal jawab dengan pelajar:
1.Apakah aktiviti yang dilakukan oleh sekumpulan semut?
2.Mengapa mereka mengangkat makanan secara beramai-ramai?
3.Apakah yang akan berlaku apabila seekor semut sahaja yang mengangkat makanan tersebut?

-Guru mencatat jawapan murid
-Guru merumus dan mengaitkan tajuk hari ini

- Murid melihat dan berfikir
-Murid memberi pelbagai jawapan berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.

-LCD
- Video
- Gambar
- Pembesar suara
- Teknik: soal jawab
Pengenalan
(5 minit)

Erti Solat Berjemaah


- Guru menerangkan secara terperinci maksud solat berjemaah
-Guru meminta beberapa orang pelajar memberi maksud solat berjemaah dari segi bahasa dan istilah.

Pelajar sederhana
-Murid memberi pelbagai jawapan berdasarkan pengetahuan sedia ada
-Beberapa orang pelajar menyebut maksud solat berjemaah secara betul.

- Menggunakan gambar
- Teknik: soal jawab

Pengembangan
(15 minit)
-Syarat sah solat berjemaah
-Syarat menjadi imam dan makmum
-Orang yang layak menjadi imam
-Posisi solat secara berjemaah
-Jenis makmum


-Guru menerangkan kepada pelajar secara rawak tentang  syarat sah solat berjemaah, syarat menjadi imam dan makmum, orang yang layak menjadi imam, posisi solat secara berjemaah serta jenis makmum.
-Guru mengulas jawapan pelajar dan meminta pelajar membaca


-Pelajar mendengar pembelajaran yang diterangkan oleh guru



-Beberapa orang pelajar sahaja yang dapat menjawab pertanyaan guru dengan baik
-Pelajar mendengar ulasan daripada guru
-  Slide
-Meransang proses mengingat semula


Pengukuhan
(15 minit)
Amali solat secara berjemaah
-Guru menayangkan gambar kedudukan imam dan makmum
-Guru membimbing pelajar untuk menjadi model sebagai imam dan makmum
-Guru menggunakan model kartun untuk solat berjemaah
-Pelajar memerhati gambar, mematuhi arahan, melihat dan mendengar dengan teliti.
-Semua pelajar bergerak untuk melakonkan posisi solat berjemaah.

-Gambar
-Model kartun (video)
-Kaedah lakonan

Pentaksiran
(15 minit)
Ujian bacaan dalam solat berjemaah dan kedudukan dalam solat berjemaah
-Guru memberi pelajar kepada beberapa kumpulan serta memberi arahan agar pelajar berada dalam kumpulan masing-masing
- Guru mengedar kertas A4 kepada semua pelajar
-Guru memberi arahan pelajar melakarkan kedudukan imam dan makmum sebagai ujian bagi proses mengingati pemebelajaran yang diajar oleh guru.
- Guru memberi komen kepada pelajar
-Pelajar membentuk kumpulan
-Beberapa orang sahaja yang dapat melakarkan kedudukan imam dan makmum secara sempurna.

-Kertas A4
-Penilaian terhadap penguasaan pelajar

Penutup
(5 minit)
Rumusan isi pengajaran dan pembelajaran.


-Guru menerapkan nilai murni di akhir pembelajaran
-Guru memberi nasihat kepada pelajar agar ilmu yang dipelajari dijadikan contoh dan iktibar dalam amalan  seharian.
Tugasan individu sebagai pengukuhan
-Nasyid solat berjemaah
-Lembaran kerja

REFLEKSI : Guru mendapati penyampaian tidak jelas dan perlu mengulangi topik serta memberi aktiviti tambahan sebagai pengukuhan kepada pelajar.

Rujukan
Haji Md. Hashim Yahaya. 2011. Ensiklopedia Solat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn.Bhd.
Mohammad Nidzam Abdul Kadir. 2006. Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya. Kuala Lumpur: Telaga Biru
            Sdn. Bhd.
Sulaiman Endut. 2006. Asas-Asas Fardu Ain. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.
Buku Teks Tingkatan 1 PENDIDIKAN AGAMA ISLAM


1 ulasan: